Calon wanita, penghargaan tinggi Pakatan Rakyat
LABIS 22 Jan - Sokongan 100 peratus yang diberikan oleh pimpinan lelaki Pakatan Rakyat kepada calon PAS Tenang, Normala Sudirman membuktikan penghargaan yang tinggi kepada calon wanita pakatan itu sendiri.
Beliau menyifatkan Pilihanraya Kecil DUN Tenang ini bukti kerjasama dan kebersamaan Wanita Pakatan Rakyat.
"Belum pernah Perdana Menteri turun ke PRK seperti yang berlaku di Tenang. Beliau mengisytiharkan peruntukan RM1.6 billion," ujar Mustafa.
Itu menunjukkan BN merasakan kedudukannya tergugat. BN resah sehingga sanggup menjanjikan sesuatu yang mereka sendiri sukar tunaikan.
Mustafa percaya walaupun bukan mudah untuk PAS menang pilihanraya kecil ini, namun ia bukan sesuatu yang mustahil.
Bagi Mustafa, PAS sudah dikira menang jika dapat mengurangkan majoriti BN. Pastinya kemenangan yang paling besar ialah apabila dapat merebut kerusi Tenang daripada BN.
Beliau turut menyeru petugas Pakatan Rakyat agar sentiasa mematuhi arahan Ketua Jentera pilihanraya ini.
"Gunakan strategi yang berbeza dari pilihanraya kecil di Bukit Gantang dan Kuala Terengganu," beritahuny
Cikgu Mala - Wanita berkarisma
LABIS, 21 Jan : Dalam satu temuramah wartawan petang semalam di depan Markas Muslimat Negeri Johor, calon PAS iaitu Cikgu Mala ditanya mengenai penglibatannya sebagai seorang isteri dan penglibatan dalam politik.
Cikgu Mala menyatakan bahawa walaupun beliau terlibat dalam politik sebagai Penyelia Pusat Aduan Rakyat Dun Tenang dan Ketua muslimat PAS Labis, ini tidak membataskan beliau dalam menguruskan rumah tangga sebaik mungkin.
Kerjasama yang diberikan oleh suami dan anak-anak amat membantu beliau menguruskan rumah tangga dan terlibat dalam politik serta sebagai wanita bekerjaya.
Sebagai contoh, seorang anaknya merupakan salah seorang daripada 3 calon UPSR tahun lepas yang mendapat keputusan 5A dalam UPSR.
Anak beliau juga menjadi pengawas sekolah, aktif dalam pidato sekolah, dan menjadi johan dalam pertandingan bercerita peringkat negeri dan kebangsaan.
Anak beliau akan menerima anugerah pada petang ini di SMKA Segamat.
Ini jelas menunjukkan bahawa beliau bijak menguruskan masa sebagai seorang isteri, wanita bekerjaya dan wanita berpolitik.
Saturday, January 22, 2011
Berita Dari Tenang
6:28 AM
Ulamak PAS Kedah






0 comments:
Post a Comment