Monday, May 2, 2011

Ihtifal Senawi Ke 16 SMIDU

Ihtifal Senawi Ke 16 SMIDU

YB Ust Hashim Jasin: Jadikan Dunia Jambatan Akhirat

[Peresmian SMIDU] Pokok Sena, (07 Apr. 2011) Sekolah Menengah Islam Darul Ulum (SMIDU) telah melangsungkan Majlis Ihtifal Sanawi kali ke 16. Upacara peresmian telah disempurnakan oleh Pesuruhjaya Pas Perlis YB Ust.Hashim Jasin. Dalam ucapannya beliau mengucapkan tahniah kepada semua warga pendidik, lembaga pentadbiran dan semua waris yang telah memberi pelbagai sumbangan dan sokongan walaupun ada sebahagian puak tidak menyukainya terutama dari musuh politik Parti Islam Semalaysia.

Sehingga kini hampir 20 tahun banyak kemajuan yang dicapai dan pertambahan anak murid dari masa ke semasa yang datang dari Perlis hingga ke Sabah dan juga dari negara jiran Thailand. Kini ramai bekas pelajar yang telah berjaya dan berkhidmat di seluruh Malaysia dan juga menyambung pelajaran di luar negara. Inilah hasil usha dan cita-cita dari orang terdahulu terutama pencetus idea Muassasah ini oleh Dato’ Fadzil Noor maka sekarang kita menikmati hasilnya. Mereka-mereka ini telah menjadikan dunia dan berilmu untuk akhirat. “Semestinya kita juga harus mewarisi sesuatu kepada genersi akan datang bagi tujuan akhirat” Ujar beliau.

Di majlis ini seramai 5 orang pelajar telah dianugerah Pelajar Cemerlang untuk tahun 2010. Pelajar cemerlang SPM (8A 1C) dan pencampaian Mumtaz 2 Senawi di sandang oleh Nur Amira Bt. Ahmad. Seramai 4 pelajar yang lain mendapat keputusan cemerlang (Mumtaz) bagi tahap masing-masing. Mereka-mereka ialah;

i. Muhammad Adzim Bin Jamaludin

ii. Wan Nur Farhah Bt Mohd. Sahir

iii. Nur Najwa Bt Hamzah

iv. Nur Khairunisa Bt. Mohd. Asri

Semua pelajar cemerlang menerima piala, sijil kecermelangan dan cenderahati. Tahniah diucapkan.

Mudir sekolah, Ust. Mat Ayub memaklumkan sehingga kini penambahan murid yang ramai setiap tahun menjadikan persekitaran pembelajaran kurang selesa. Oleh itu SMIDU telah merancang untuk mencari lokasi yang lebih baik. Beliau menggalakan sesiapa sahaja yang ada maklumat lokasi tanah bagi penempatan baru amat dialu-alukan.

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

Powered by Blogger