Wednesday, June 1, 2011

SEDUTAN UCAPAN KETUA DEWAN MUSLIMAT



Mempertegas Peranan Muslimat
Te@M.IT

Jun 02 |09:43

SHAH ALAM, 2 Jun - Ketua DMPP, Ustazah Nuridah Mohd Salleh mempertegas peranan dan tanggungjawab muslimat sebagai ahli-ahli dan pendokong-pendokong PAS.

Beliau dalam ucapan yang memetik maksud Surah al-Mukminun dan Surah an-Nisaak itu berkata,

"Amanah ini adalah jihad kita. Amanah ini mesti difahami dan digalas dengan sebaik mungkin agar hidup yang pendek di dunia ini tidak menjadi aset dukacita dan sengsara kita bila bertemu dengan Allah Rabbul Jalil di hari akhirat kelak."

Jelasnya, tujuan Allah mencipta manusia tidak lain tidak bukan hanyalah untuk manusia memakmurkan bumi dengan beribadat kepadaNya.

"Manusia perlu mengurus, mentadbir dan memimpin diri, keluarga, masyarakat, negara dan dunia amnya dengan menjadi khalifah Allah iaitu melaksanakan segala amanah syariat yang terkandung di dalam al-Quran dan sunnah Rasulullah."

Beliau dalam ucapan itu turut mengharapkan muktamar DMPP dan muktamar PAS Pusat yang akan berlangsung menjadi medan terbaik untuk muslimat bermuhasabah terhadap gerak kerja.

"Rancang dan cadang gerak kerja kita selanjutnya bagimempertingkat mutu. Apatah lagi kita akan berdepan dengan PRU ke-13 tidak lama lagi," tambahnya.


Tiga strategi Muslimat hadapi PRU 13
Te@M.IT

Jun 02 |09:59

SHAH ALAM, 2 Jun - Muslimat PAS Pusat menggariskan 3 strategi utama bagi berdepan dengan jentera UMNO/BN dalam Pilihanraya Umum ke-13 nanti.

Ketuanya, Ustazah Nuridah Mohd Salleh dalam ucapan tema Muktamar Dewan Muslimat PAS Pusat kali ke-51 itu berkata,

“Muslimat diseru agar menawan hati pengundi melalui penerangan dan dakwah secara berhikmah,

“Antara perkara yang perlu diberi penekanan ialah tentang perjuangan PAS untuk semua masyarakat Malaysia sebagaimana yang jelas tertera pada slogan PAS For All,” jelasnya.

Selain itu katanya, fokus turut perlu diberi kepada peranan Muslimat PAS dan wanita Pakatan Rakyat melalui penglibatan mereka dalam pentadbiran kerajaan negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat.

Strategi kedua adalah memperkukuhkan semangat setiakawan di kalangan rakan seperjuangan dalam Pakatan Rakyat dengan mengenepikan segala salah faham dan perkara-perkara yang boleh menjadi penghalang.

Strategi ketiga adalah mengambil langkah bijaksana dalam menawan hati musuh.

Tambahnya, Muslimat diingatkan agar sentiasa mematuhi arahan pemimpin dan melaksanakan tugas sesuai dengan kemampuan sendiri.

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Powered by Blogger