DEWAN ULAMAK PAS
tidak lepaskan peluang turun padang beri bantuan Ramadhan bagi mewakili Dewan Ulamak PAS Negeri Kedah .
Syeikh Muslim bin Tn Guru Hj Salleh , Selaku ketua ulamak PAS Sik bersama Ust Ibrahim Ahmad Tim Ketua Ulamak PAS , Helmi Assyafie Setiausaha , Ust Abd Ghani selaku AJK Ulamak PAS Sik turun padang secara serentak beri bantuan kepada masyarakat .
Sementara itu di Serdang Ustaz Abdul Ghani Abdullah selaku AJK Ulamak Negeri bersama AJK PAS Kawasan Kulim Bandar Baru mengedarkan risalah di sekitar Pekan Serdang dan menyampaikan bantuan aidilfiti di markaz Pas kawasan sebelum majlis iftar. Ikuti laporan wartawan Harakah berkaitan aktiwiti Dewan Ulamak , Pemuda dan Muslimat Pas Kedah sempena Ramadhan.
Sayap PAS Kedah aktif dilapangan masyarakat
Oleh IZWAN ABDUL HALIM
izwan@harakah.net.my
Ketiga-tiga sayap PAS; Dewan Ulama, Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat terus berperanan mengukuhkan sokongan kepada Pakatan Rakyat. Sungguhpun PAS menjadi parti pemerintah di Kedah bersama KeADILan dan DAP, peranan parti di dalam masyarakat tetap giat digerakkan setiap masa.
Ramadan menjadi kesempatan berharga PAS berada di lapangan masyarakat menghidupkan amal ibadah disamping memberi didikan, sumbangan dan beramah mesra. Tradisi itu kekal meriah sesuai dengan iltizam masyarakat umum kepada kegiatan seumpama setiap kali Ramadan.
Dewan Ulama yang aktif menggerakkan keilmuan dan amal Islami tidak mengekang peranan mereka hanya surau dan masjid. Di bulan Ramadan, mereka bertebaran di lokasi tumpuan ramai mengedar risalah dan mendakwah masyarakat kepada Islam. Taman-taman tazkirah turut disuburkan disamping menyantuni golongan asnaf dengan sumbangan keperluan harian.
Dewan Pemuda pula menagih perkongsian pahala berpuasa dengan memberi makanan asas seperti buah kurma dan bubur lambuk dalam program lapangan mereka. Jelajah ke rumah-rumah fakir miskin juga giat dilaksanakan dalam menyampaikan sumbangan keperluan harian.
Manakala Dewan Muslimat menyuntik semangat kaum hawa untuk mengimarahkan ibadah Ramadan antaranya dengan majlis-majlis tazkirah dan tadarus di surau dan masjid seluruh negeri ini selain ziarah menemui golongan memerlukan.


9:52 AM
Ulamak PAS Kedah






0 comments:
Post a Comment